Saturday, 20 January 2018

Asasi Sains Pertanian, UPM


Hai everyone. So harini aku nak bebel pasal asasi sains pertanian UPM. Mesti yg baru tgk result upu, yg dpt asasi ni search kan kt google nk tgk akak2 abg2 cerita apa pasal asasi ni. Hahahah aku pun mcmtu juga dulu. Dont worry eh, ada geng. Oh btw, skrg aku final year student di Fakulti Pertanian. So nk mudahkan cerita, berikut adalah pertanyaan paling common la aku/kami ni, sbg ex Asper dpt drpd adik2.

1. Kalau ambil asasi ni, nnti degree kena ambil pertanian juga ke ?
*tak...pilihan sgt luas, boleh 'pursue' medic, engineering dan bidang2 lain yg ada di UPM. Tp of course la, anda kena jaga pointer tu. Kalau xdpt apa yg diingini tu jgn salahkan sistem pulak ye adik2. Fhm2 jela mksdnya pointer korg xlepas nk apply course tu muahaha. So belajar rajin2 ok.

2. Boleh mohon degree tempat lain tak?
*tak boleh sepatutnya. Korg perlu sambung di UPM juga. Tp yg special case, boleh rujuk bahagian akademik UPM.

3. Mcmne belajar, susah tak asasi ni?
*wahai adik2 ku, belajar kalau x susah bukan belajar namanya hahaha. Takdela susah mana melainkan kau mmg pemalas. Ok je sbnrnya tp kena pandai bahagi masa.

4. Jadual mcmne? Pack tak?
*isnin-jumaat kelas. Sabtu ahad cuti ler hehe. Jadual mmg pack sbb anda ada amali juga.

5. Pertanian belajar juga ke? Sbb asasi pertanian kan?
*yesza, belajar pertanian juga. Tp inshaaAllah boleh skor. Tahap asasi je, kalau degree yela susah. Plus, anda ada amali. Amali pertanian ni best weh (kecuali masa puasa) 😂

6. Berapa lama asasi ni? Dan brp sem ?
* 3 sem, setahun. Cuti sem mcm cuti hujung minggu je hahahaha. Tp chill, ok je.

7. Ada biasiswa/elaun tak?
*masa aku dulu ada. Satu sem dlm 1k lebih. Skrg aku xsure la dpt lg ke x.

8. Apa kelebihan asasi ni berbanding asasi lain?
*kelebihannya, wlwpun pointer kau beshe2 je, kau dh ada tmpt kt UPM. Budak luar susah weh nk masuk UPM ni. Tp jgnla sbb aku ckp cmni, korg main2 pulak belajar kt sini. Kena bersungguh2 ye adik2. At least 3.5 ke atas la cgpa tu. Barula layak gelar diri ex Asper haa gitchuuu.

*kelebihan lagi, asasi kt sini mmg betul2 pra uni. Mmg kaw2 busy + penat + seronok. So nnti korg masuk dgree dh xde la mudah terkulai hahahah sbb dh biasa kan masa asasi. Buat #banyakkerja dlm satu masa.

9. Penempatan pelajar asasi kt mana?
*masa aku dlu mostly kt k13. Ada juga kt kpz dan kosas. Skrg rasanya mcmtu juga. Tp mmg k13 la ramai asasi.

10. Pengangkutan ke kelas ada tak?
*ada, korg dh bayar sekali dgn yuran. Tp biasalah bas kan. Kdg2 lmbt or korg kena berebut sikit sbb ramaiiii! Korg simpanla no uber ke mana tahu masa nk exam xdpt rebut bas ke kan, naikla uber. Biasanya rm1 je. Oh boleh bawa basikal & motor jugak.

12. Jauh ke drpd kolej nak ke kelas/kuliah?
*naik bas dlm 10-15 minit. Jalan kaki dlm 30 minit (aku pernah jalan kaki drpd bangunan asasi ke k13).

13. Exam susah tak?
*soalan boleh tahan tp inshaaAllah dr akan bg tips2 sikit la. Yg pnting pastikan study berterusan sbb exam selalu malam. Pastu esoknya kelas cm biasa hahaha padan muka. Tp adatla, kalau kami boleh, kami yakin korg oso can.

Rasanya tu jela nk jwb. Kalau ada nk tanya lagi, boleh komen ke dm ke. Nnti aku jawab. Apapun, selamat maju jaya dan tahniah kpd adik2 yg layak masuk asasi ni. Semoga urusan kalian dipermudahkan. InshaaAllah korg xkn menyesal masuk asasi kat sini, dan aku yakin ia akan jd satu pengalaman paling bermakna dlm hidup kalian. Byebye 🌷