Hai semua, so....tajuk yg tertera di atas tu sudah terang lagi bersuluh kan tentang apa yang aku nak membebel di sini heheh. Yeszzz! Harini aku nak review sikit pasal skincare from Mary Kay. Okay sebelum tu meh aku cerita sikit masalah kulit muka aku ni. Fyi, aku ni adalah penderita muka berminyak dan berjerawat selama bertahun lamanya hahahah! Sedih okayh, baru nak flawless sikit acah cun sikit dah jerawat dtg. Senang cerita jerawat kt muka aku ni mmg susah lah nak move on hahaha. Aku dh cuba mcm2 produk okay dan...finally jumpa juga produk yg berkesan mengawal masalah kulit muka aku ni. Ha betul la tu kau teka tu, Mary Kay! Aku guna botanical effect formula 3. Mmg masalah berminyak n jerawat kurang TAPI...ha ada tapi tau hahahah. Tapi kesannya agak lambat. Kalau kau expect nk tgk jerawat fuh hilang dlm masa 3 hari ke seminggu ke, ha batalkan la niat nk pakai Mary Kay ni. Mmg lambat tapi selamat dan mmg merawat muka. Aku masa mula2 pakai, habis naik jerawat kt muka hahahaha! Malu gila weyh. Nk give up tapi disebabkan produk ni mahal so aku sabar, pakai je. Hasilnya alhamdulillah lepas dua bulan jerawat kering n payah nk tumbuh dh. Cuma parut jela tinggal skrg. Pada pendapat aku lah, mmgla produk ni mahal, aku beli satu set haritu, ada pencuci, toner, mask n pelembab semuanya satu set Rm250 gitu. Tp berbaloi sebab boleh pakai lama, tahan dlm 5 bulan. Skincare tu mmgla penting tapi igt pemakanan harian kau pun kena jaga juga ye heheh. Haa so apa lagi, yg dh berniat tu bolehla try Mary Kay ni kot2 dpt bantu korg yg ada masalah sama mcm aku hihihi. Oh ya, sebelum beli tu pastikan dpt nasihat/pndpt drpd beauty consultant Mary Kay sbb set ni ada formula 1, 2 dan 3. Nnti diorg akan suggest korg sesuai pakai set apa. Okayy? Hehe sekian itu sahaja drpd aku, selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment